MAKSUD SEBENAR "LEVERAGE" DALAM FOREX
Diruangan yang terhad ini saya tidak bercadang untuk menterjemahkan definisi LEVERAGE mengikut istilah perniagaan yang memeningkan kepala kerana ianya berbeza mengikut penggunaan di dalam sesuatu urusniaga.
LEVERAGE yang berlaku dalam perdagangan FOREX adalah “how to earn more with less” sebagaimana berikut :- Sebagai contoh : kita mengambil urusniaga matawang asing yang melibatkan matawang GBP/USD. Sekiranya kita membuka akaun USD1,000 dan kita ingin membeli/menjual 1 lot GBP/USD, sepatutnya pihak platform akan memotong USD100 dari akaun kita sebagai modal pusingan. Tetapi sekiranya leverage, platform hanya akan memotong USD50 untuk modal pusingan 1 lot tersebut.
Ini merupakan kemudahan dan diskaun yang diberikan oleh pihak platform untuk meringankan modal pusingan kepada pedagang yang mempunyai akaun mini sahaja. Inilah yang dikatakan leverage dan keistimewaan ini hanya diberikan kepada pedagang yang mempunyai akaun mini sahaja. Akaun mini ialah jumlah akaun yang kurang dari USD50,000. Tetapi sekiranya akaun tersebut melebihi USD50,000 ke atas, keistimewaan ini tidak diberikan kepada pedagang (trader).
Yang paling penting didalam perdagangan forex ini ialah setiap urusniaga yang dibenarkan serta kerugian maksimum yang akan ditanggung oleh pedagang tidak akan melebihi dari jumlah modal pusingan yang terdapat di dalam akaun mereka. Sebagai contoh, sekiranya anda membuka akaun yang bernilai USD1,000 anda tidak akan menanggung sebarang kerugian melebihi modal tersebut iaitu USD1,000 walau apapun leverage yang anda perolehi dari pihak platform dan kerugian anda sama sekali tidak akan berganda dari keseluruhan modal yang anda laburkan.
Dengan ini leverage tidak menjadi halangan mengikut hukum syara’ dalam perlaksanaannya kerana ianya merupakan diskaun atau keistimewaan yang diberikan kepada pedagang. Ini hanyalah kemudahan yang diberikan oleh pihak platform dengan harga yan lebih rendah kepada pedagang yang mempunyai modal yang kecil (mini akaun) iaitu akaun yang yang modalnya kurang dari USD50,000.
Saya berharap penerangan saya yang ringkas ini dapat merungkaikan segala kekeliruan dan pemahaman yang silap tentang leverage yang timbul dewasa ini dan juga menjawab kepada persoalan hukum tentang leverage itu sendiri.
Di dalam Islam “La ibrata bil musammayaat walakinna ibrata bil ma’aani” (Pengajaran (hukum) bukan diambil dari segi istilah sesuatu perkara bahkan pengajaran (hukum) diambil dari cara perlaksanaannya).
Sekian. Wassalam.
Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed Penasihat Syar’ie/Shar’ie Advisor KODANA Berhad.
Comments
Post a Comment