PILIHANRAYA PRESIDENT FRANCE...(EFFECT MARKET)






Pilihanraya Presiden France 
======================

Okay. Jom discuss dan fahami pilihanraya presiden untuk France secara mudah dan simple. Saya akan cuba membahaskan dengan semudah mungkin. 

Untuk pilihanraya presiden France ni, ada dua calon yang menjadi perhatian kita.

1. Macron
2. Le Pen

Jadi apa yang kita perlu tau tentang mereka supaya kita dapat mencari peluang dalam trade kita nanti?

1. Macron
- Beliau merupakan calon pro EU
- Perkara utama yang dijanjikan sekiranya beliau menang, France akan terus kekal dalam EU. 

2. Le Pen
- Beliau merupakan seorang yang anti EU
- Sekiranya beliau menang, beliau akan cuba membawa keluar France dari kesatuan EU. 

Jadi apa masalah nya dengan keluar atau pun tidak dari EU ni?? 
Haaa. Ingat lagi peristiwa Brexit tahun lepas? UK merupakan penyumbang ekonomi kedua terbesar bagi European Union selepas Germany. Dan France pula ialah penyumbang ekonomi ketiga terbesar. 
Bila UK keluar, kesatuan Eropah menghadapi masalah kerana penyumbang nadi ekonomi mereka berkurang. Begitu juga dengan apa yang berlaku sekiranya France keluar dari EU. 

Jadi apa pilihan trade yang kita ada ?

Sekiranya , 

1. Macron menang
- France kekal dalam EU
- Matawang Euro akan menjadi strong. Tapi impak nya tidak lah terlalu besar kerana market telah priced in tempoh hari. Ingat lagi kan gap yang besar hari tu? Lagipun sentimen sekarang memang biased kepada kemenangan Macron sebagai calon pilihan.
- Cari peluang buy Euro di retracement area . Jangan kejar market. 
- Matawang Safe Haven seperti JPY, CHF dan komoditi Gold akan melemah.

2. Le Pen menang
- Risiko France keluar EU
- Kita boleh mencari peluang sell. Impak nya adalah sangat besar kerana tiada siapa Le Pen bukanlah calon pilihan seperti Macron. 
- Sekiranya price telah jauh bergerak, kita boleh sell Euro di retracement. Seperti biasa , jangan kejar market. 
- Matawang Safe Haven seperti JPY, CHF dan komoditi Gold akan menjadi kuat kerana mendapat permintaan.

Comments

Popular posts from this blog

KESAN NFP PADA MARKET FOREX

RAHSIA CANDLESTICK

KENALI SIMPLE CANDLESTICK PATTERN DALAM TRADING FOREX SEHARIAN